Anda di sini

Ekuinas berhasrat memperkasakan lebih banyak PKS Sabah, Sarawak menerusi ILTIZAM Catalyst

Advertisement

KUCHING: Syarikat pelaburan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) melancarakan ILTIZAM Catalyst, progran keusahawanan yang bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menyediakan pemangkin diperlukan syarikat-syarikat untuk memperkukuhkan lagi asas perniagaan teras mereka.

Di bawah cabang tanggungjawab sosial korporat EKuinas, ILTIZAM, ILTIZAM Catalyst menyediakan bantuan teknikal secara terus untuk perniagaan kecil Bumiputera bagi memperkukuhkan kapasiti mereka serta merekodkan pertumbunan mampan.

Di bawah program ILTIZAM Catalyst baharu, Ekuinas memperuntukkan RM850,000 untuk 30 syarikat yang layak. Program ini juga menyediakan akses rangkaian besar perniagaan dan kepakaran perniagaan Ekuinas di seluruh dunia untuk para peserta.

Dengan itu, Ekuinas menggalakkan PKS di Sabah dan Sarawak mengambil bahagian dalam ILTIZAM Catalyst yang baru dilancarkan kerana program ini dapat membantu mereka mengembangkan perniagaan menjangkaui Malaysia Timur.

"Menerusi program ini, PKS di Malaysia Timur boleh mengembangkan perniagaan mereka dan melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia dan negara lain.

"Mereka juga boleh mendapat akses ke sumber-sumber Ekuinas yang besar dan apabila mereka menjadi sebahagian daripada rangkian kami, kami boleh membantu menangani isu-isu perniagan dihadapi dan memberi bantuan yang mungkin diperlukan.

"Rangkaian yang kami ada juga meluas. Dengan rangkaian ini, inilah titik permulaan yang baik terutama untuk perniagaan di Sabah dan Sarawak," kata Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Ekuinas Hizwani Hassan kepada The Borneo Post.

"Kami berharap menerusi program ini, perniagaan akan berkembang maju dan membantu ekonomi tempatan selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," tambahnya.

Hizwani Hassan
Hizwani Hassan

Selain itu, program ini memberi banyak manfaat kepada peserta. Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan serta bimbingan menyelesaikan isu-isu seperti kewangan dan pematuhan kewangan, penjenamaan dan pemasaran digital serta penggunaan digital & teknologi ke dalam syarikat mereka.

ILTIZAM Catalyst terbuka kepada PKS Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam semua sektor dan mempunyai kewangan mampan dengan pendapatan tahunan antara RM300,000 hingga RM1 juta dalam tempoh dua tahun terakhir atau lebih.

Dan telah mampan dari segi kewangan dengan hasil tahunan antara RM300,000 hingga RM1 juta dalam tempoh dua tahun kewangan terakhir atau lebih.

Syarikat-syarikat yang berminat dengan program ILTIZAM Catalyst juga harus memberi komitmen penuh sebagai peserta program yang berlangsung selama enam bulan.

 

Permohonan untuk program ILTIZAM Catalyst adalah percuma dan dibuka mulai hari ini hingga 18 September 2022.

Calon-calon yang berminat juga boleh melayari laman sesawang rasmi ILTIZAM Catalyst, catalyst.ekuinas.com.my bagi mendapat maklumat lebih lanjut mengenai program ini.

Selain itu, terdapat program-program lain di bawah tonggak Keusahawanan ILTIZAM yang boleh disertai PKS, ini termasuk ILTIZAM Advance, ILTIZAM Ihsan dan ILTIZAM Sosial.

Sebelum ini, di bawah ILTIZAM Social Impact Accelerator Sabah (ISIAS), Ekuinas telah bekerjasama dengan myHarapan serta Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC) menganjurkan program peningkatan kemahiran selama enam bulan untuk 10 usahawan sosial terpilih di Sabah.

Hasil daripada program itu menyaksikan RM 4,500 dianugerahkan kepada pemenang tempat pertama, milik syarikat usahawan tani dikenali  Farm Tokou yang menghasilkan palet makanan ikan air tawar daripada sisa makanan dan baja semula jadi daripada sisa organik ikan.

Ekuinas merupakan syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada September 2009 untuk menggalakkan penciptaan kekayaan dan penyertaan ekonomi Bumiputera saksama dan mampan berdasarkan prinsip mesra pasaran, merit dan ketelusan melalui penubuhan syarikat peneraju generasi akan datang Malaysia.

ILTIZAM adalah cabang CSR Ekuinas yang berusaha untuk mewujudkan impak mampan dalam tonggak keusahawanan, pendidikan dan komuniti.

Di bawah tonggak keusahawanan, komitmen Ekuinas adalah untuk memupuk usahawan/perniagaan Bumiputera tempatan yang akan memacu pertumbuhan masa depan negara.

 
Advertisement