Anda di sini

redONE meraikan ulang tahun ke-10 dengan meriah

Advertisement
 

KUCHING: Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar ASEAN, redONE Network Sdn Bhd (redONE) meraikan ulang tahun ke-10 pada 2 September lalu dengan meriah.

Menurut satu kenyataan, hampir 400 tetamu telah diundang untuk memperingati majlis istimewa itu. 

Antara tetamu yang hadir adalah lembaga pengarah, pengurusan tertinggi, kakitangan dari Malaysia, Singapura dan Thailand, bersama rakan niaga jualan berprestasi tinggi redONE.

Acara itu dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh bakat daripada syarikat Gladys Cheng yang turut mengagumkan orang ramai. 

Diikuti gimik melepaskan belon di atas pentas oleh Pengerusi Lembaga redONE Tan Sri Datuk Seri TC Goh, Pengarah redONE Dato' Wei Chuan Beng, Pengarah Surachet Chaipatamanont, Ketua Pegawai Eksekutif Farid Yunus, Ketua Pegawai Jualan redONE Ben Teh, Ketua Pegawai Operasi redone Tee Yew Yaw, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Singapura Francis Cheang dan Ketua Pegawai Eksekutif redONE Thailand Tay Pei Seng.

“Kami telah melangkah jauh, dan 10 tahun adalah amat sukar serta mencabar buat kami tetapi kami telah berjaya berusaha dan berkembang walaupun berdepan dengan banyak cabaran.

"Hari ini kami meraikan satu dekad kecemerlangan dan mengharapkan masa depan yang lebih cerah," kata Farid. 

Ben pula dalam ucapannya, mengucapkan penghargaan kepada rakan niaga jualan dan kakitangan yang bekerja tanpa jemu dalam menjadikan redONE seperti sekarang. 

 

Pada masa yang sama, dengan kerjasama artis tempatan Ippo Hafiz, redONE bersama-sama melancarkan lagu baharu berjudul Sahabatku yang didedikasikan untuk rakan niaga jualannya yang membantu syarikat mencapai matlamat jualan dan pengembangannya. 

Lagu itu kini tersedia di semua platform penstriman muzik utama. 

Mengimbas kembali pencapaian syarikat dalam dekad yang lalu, redONE bermula dengan 2,000 pelanggan dan hanya tujuh pekerja pada 2012 dan kini telah berkembang menjadi pemain telekomunikasi yang hebat dengan 1.2 juta pelanggan aktif dan kekuatan 400 pekerja dan 21,000 rakan kongsi jualan di seluruh negara.

Ditubuhkan pada 2012, redONE meraikan ulang tahun ke-10 pada tahun 2022 dan merupakan MVNO pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pascabayar pada harga yang berpatutan serta dikenali kerana pelannya bermula serendah RM8 sebulan. 

Sejak itu, redONE juga telah memperkenalkan pelbagai pelan baharu termasuk pelan Internet dan panggilan tanpa had, pelan ‘bundle’ telefon dan pakej prabayar. 

Pernah memenangi pelbagai anugerah kerana amalan dan nilainya, redONE kini beroperasi di Malaysia, Singapura dan Thailand dan mempunyai cita-cita besar untuk mengembangkan rangkaian ke negara-negara ASEAN yang lain dalam masa terdekat.  

Bagi mengetahui lebih lanjut, sila lawati redONE.com.my untuk maklumat seterusnya.

Advertisement