Anda di sini

Pelajar didakwa, lakukan serangan seksual dan rogol gadis bawah umur

Advertisement

MIRI: Seorang pelajar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sinia pada Rabu atas tuduhan melakukan serangan seksual fizikal dan merogol seorang gadis bawah umur.

Tertuduh yang berumur 18 tahun dari Riam didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Dua kesalahan ini masing-masing memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh dituduh melakukan serangan seksual fizikal untuk tujuan seksual terhadap seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun 10 bulan dengan menyuruh mangsa menghisap kemaluannya.

Manakala dalam tuduhan kedua, tertuduh dituduh merogol gadis yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 2 petang, 30 Disember 2021 di sebuah rumah di Jalan Camwood 3, Riam.

Bagaimanapun, tiada pengakuan bersalah tertuduh direkodkan.

Pegawai pendakwa Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk membolehkan kes itu disebut lanjut di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi membenarkan permohonan itu dan menetapkan 15 September ini untuk sebutan lanjut kes di Mahkamah Sesyen.

Manakala tertuduh diperintahkan dibebas dengan jaminan RM5,500 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

  • oleh
  • Advertisement