Anda di sini

Lukisan mural mampu tarik perhatian pengunjung ke bandar Sri Aman

Advertisement
Norazah (berdiri empat kanan) bersama para pelukis mural selepas majlis perasmian ringkas mural berkenaan.
Norazah (berdiri empat kanan) bersama para pelukis mural selepas majlis perasmian ringkas mural berkenaan.

SRI AMAN:  Lukisan mural sepanjang 209 meter yang terletak di benteng bukit Kubu Alice berdekatan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar mampu menarik perhatian pengunjung berkunjung ke bandar Sri Aman sempena penganjuran Pesta Benak, Sri Aman pada hujung minggu ini.

Ia dihasilkan lima pelajar Fakulti Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Samarahan dan lima pelajar Fakulti Fakulti Seni Gunaan dan Teknologi Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Ketua projek lukisan berkenaan, Muhammad Harith Azmi berkata, lukisan mural dihasilkan itu adalah berasaskan seni kontemporari dan konsep warna moden.

Menurutnya, Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) telah memilih benteng bukit Kubu Alice bagi tujuan penghasilan lukisan mural kerana kawasan berkenaan merupakan tumpuan orang ramai.

Malah kataya, kerja-kerja menghasilkan lukisan itu telah bermula 24 Ogos yang mengambil masa sembilan hari untuk disiapkan sepenuhnya pada 1 September lalu.

Katanya, kerja menghasilkan lukisan mengambil masa yang agak panjang disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Kebiasaannya, kerja-kerja melukis mural ini hanya mengambil masa dalam empat hingga lima hari namun cuaca tidak menentu menyebabkan masa dilanjutkan,”ujarnya.

Jelasnya lagi, pasukannya menggunakan teknik stensilan dengan motif berkenaan pula dihasilkan melalui kemahiran tangan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Norazah Awang Sohor turut hadir merasmikan lukisan mural berkenaan.

Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang, Setiausaha MDSA Tay Guan Huat dan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Seni Kreatif UiTM Cawangan Samarahan Dr Valerie Michael.

Advertisement