Anda di sini

Sibu Jaya Extreme Motocross Challenge kembali gegar Sibu Jaya

Advertisement
Sempurai (dua dari kanan) ketika merasmikan acara Sibu Jaya Extreme Motocross Challenge di Sibu Jaya pagi tadi.
Sempurai (dua dari kanan) ketika merasmikan acara Sibu Jaya Extreme Motocross Challenge di Sibu Jaya pagi tadi.

SIBU: Selepas dua tahun berehat akibat pandemik COVID-19, acara sukan Sibu Jaya Extreme Motocross Challenge kembali sebagai tarikan utama sempena Karnival Sibu Jaya 2022.

Bercakap pada majlis perasmiannya hari ini, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngalai berkata, penganjuran acara sukan lasak selama dua hari itu berjaya direalisasikan hasil kerjasama Amcorp yang merupakan pemaju Sibu Jaya.

"Kami pernah mengadakan acara ini sebelum ini, tetapi ia dihentikan dua tahun kerana pandemik. Kali ini, lebih 100 peserta dari Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, Semenanjung Malaysia dan Brunei menyertai kejohanan ini," ujarnya.

Sempurai berharap acara tersebut dapat menyediakan platform kepada peminat motocross berlumba di kawasan dan trek yang sesuai.

"Acara ini memberi impak positif kerana peminat motocross boleh berlumba di trek tersendiri berbanding di kawasan awam," katanya.

Katanya, trek motocross di Sibu Jaya adalah antara yang terbaik di negeri ini.

"Kami berharap trek ini akan kekal dalam keadaan baik supaya kami dapat menganjurkan lebih banyak kejohanan di sini," katanya.

Acara tersebut juga mendapat kerjasama Kelab GP Sibu Jaya Extreme Motosports.
 

  • oleh
  • Advertisement