Anda di sini

FHA – F&B 2022 di Singapura turut tampilkan produk Sarawak

Advertisement
Produk Sarawak turut dipamerkan Food and Hotel Asia (FHA) – Food & Beverage (F&B) 2022 di Singapura.
Produk Sarawak turut dipamerkan Food and Hotel Asia (FHA) – Food & Beverage (F&B) 2022 di Singapura.

KUCHING: Food and Hotel Asia (FHA) – Food & Beverage (F&B) 2022 iaitu pameran perdagangan B2B terbesar Singapura kembali sebagai acara bersemuka sepanjang empat hari dari 5 hingga 8 September ini di EKSPO Singapura.

Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura (STATOS) menerusi kenyataan hari ini berkata, pameran dijangka disertai lebih 2,000 pempamer dan 50 balai pameran kumpulan antarabangsa.

Selain itu katanya, dianggarkan 35,000 pelawat tempatan dan antarabangaa dijangka menghadiri acara terbabit yang merangkumi 60,000 meter persegi ruang pameran.

Pengunjung FHA – F&B 2022 dipelawa untuk mengunjungi pameran pelbagai jenis produk makanan dan minuman asli Sarawak di Dewan 4, Gerai 4G1-18.

Produk yang dipamerkan termasuk lada Sarawak aromatik, pes Laksa Sarawak yang unik dan lazat, sarang burung eksotik, 3-Layered Milk Tea dan ‘Baking Oil & Fats’.

Satu lagi produk baharu ialah rangkaian premium beras Kenyalang dan produk bihun.  

Tiga jenis beras Sarawak telah dilabel dan disahkan secara rasmi sebagai Petunjuk Geografi kerana ciri-cirinya yang unik.  

Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Chew Chang Guan, berkata, “Platform ini merupakan pilihan kepada profesional industri termasuk pengedar, pengimport, pengilang dan peruncit yang pastinya meluaskan pendedahan perniagaan pengeluar Sarawak ke pasaran antarabangsa.”
 

Advertisement