Anda di sini

Amy Search kini bergelar Datuk

Advertisement

MELAKA: Penyanyi rock tanah air, Amy Search dianugerahkan pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, menjadi satu-satunya pengiat seni yang menerima pingat itu sempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di sini hari ini.

"Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi yang telah memberi anugerah ini. Ia anugerah terindah, sesuatu yang tidak pernah saya impikan selama ini. 

"Sudah tentu ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Ali Rustam dan kerajaan negeri," katanya ditemui pemberita selepas istiadat penganugerahn yang diadakan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam (kanan) mengurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk kepada penyanyi lagenda negara Suhaimi A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan ulang tahun Ke-73 Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Balai Istiadat Seri Negeri dekat Ayer Keroh, hari ini. - Gambar BERNAMA
Tun Mohd Ali mengurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk kepada Amy Search di Balai Istiadat Seri Negeri dekat Ayer Keroh, hari ini. - Gambar BERNAMA

Bapa kepada pelakon Nabila Huda itu juga berkata anugerah berkenaan juga dianggap sebagai satu sokongan kepadanya dalam bidang seni yang diceburi lebih 40 tahun itu. 

"Satu penghargaan juga kerana isteri saya (Norhasniza Hassan) merupakan orang Melaka dan saya sendiri sangat suka dengan seni reka bangunan di sini. Saya juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan Melaka pada masa depan," katanya. - BERNAMA

Advertisement