Anda di sini

Astro perkenal aplikasi Disney+ Hotstar di Ulti Box 

Advertisement
 Astro kini memperkenalkan aplikasi Disney+ Hotstar di Ulti Box.
BAHARU: Astro kini memperkenalkan aplikasi Disney+ Hotstar di Ulti Box.

KOTA KINABALU: Syarikat penyiaran swasta Astro kini memperkenalkan aplikasi Disney+ Hotstar di Ulti Box sebagai tanda komitmen dalam menyampaikan pengalaman tontonan yang lebih mudah dan lancar kepada pelanggan.

Dalam kenyataan Astro di sini hari ini, aplikasi berkenaan dilancarkan buat pertama kalinya di Ultra Box pada awal tahun ini dan sekarang tersedia untuk semua pelanggan Ulti Box dengan langganan Disney+ Hotstar yang aktif.

Para pelanggan akan dapat menikmati faedah aplikasi Disney+ Hotstar dan dengan penambahan perkhidmatan penstriman popular ini, pelanggan Ulti Box kini boleh bertukar antara saluran tempatan yang popular dengan kandungan-kandungan hiburan tanpa henti daripada aplikasi Disney+ Hotstar.

Pelancaran aplikasi itu juga bertepatan dengan keluaran kandungan Disney+ Hotstar yang dinanti-nantikan, termasuk K-drama 'Big Mouth' yang dibintangi Lee Jong-Suk dan Lim Yoona; 'She-Hulk Marvel Studios' iaitu sebuah komedi undang-undang yang dibintangi pelakon pemenang Anugerah Emmy® Tatiana Maslany; 'The Bear' drama bersiri mengenai chef muda yang cemerlang namun meninggalkan dunia santapan mewah untuk mengurus kedai sandwic keluarganya serta banyak lagi.

Ulti Box yang mempunyai perkhidmatan HD akan membolehkan pelanggan menstrim rancangan kegemaran tanpa gangguan dan strim sehingga 90,000 kandungan On Demand dengan lancar menerusi peranti mereka.

Bagi nilai lebih, pelanggan baharu boleh menambah Astro Fibre, perkhidmatan internet Astro untuk menikmati naik taraf percuma ke tahap kelajuan lebih tinggi selama enam bulan apabila mendaftar untuk pelan bundle 50 Mbps, 100 Mbps atau 500 Mbps sebagai sebahagian daripada Kempen WiFi Lagi Kencang kami!. 

Pelanggan yang mahu mengakses Disney+ Hotstar di Ulti Box, boleh menekan 'Home' pada alat kawalan jauh Astro dan bagi pengguna pertama, boleh memilih 'Disney+ Hotstar' menerusi rail 'Apps' dan ikuti langkah yang tertera di skrin untuk memasang akaun Disney+ Hotstar.

Disney+ Hotstar boleh diakses oleh pelanggan baharu dengan  mendaftar Pek Movies (RM59.00 sebulan), Premium 1 (RM99.99 sebulan), Premium 3 (RM99.99 sebulan) atau Platinum (RM99.99 sebulan) dan nikmati kadar istimewa ini selama enam bulan dengan melayari astro.com.my.

Tawaran tamat pada 30 September 2022 dan hanya untuk pelanggan baharu dengan kontrak 24 bulan.
 

  • oleh
  • Advertisement