Anda di sini

Sabah rekod 272 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan 272 kes baharu COVID-19 dengan hanya berkurangan sebanyak sembilan kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah sampel ujian hari ini ialah 2,678, jauh lebih rendah daripada 3,088 pada semalam.

"Tetapi kadar positif hari ini ialah 10.60 peratus lebih tinggi daripada 10.04 peratus semalam.

"Jumlah sampel ujian yang jauh lebih rendah sepatutnya menghasilkan angka positif COVID-19 yang juga jauh lebih rendah daripada semalam.

"Tetapi, oleh kerana kadar positif hari ini lebih tinggi, angka jangkitan baharu tidak banyak berubah daripada sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kota Kinabalu merekodkan penurunan kes baharu dengan hanya 71 kes, Sandakan merekodkan kes baharu yang lebih banyak dengan 45 kes, Penampang kekal dengan 26 kes, Tawau 21 kes, Papar serta Tuaran masing-masing 17 kes dan Lahad Datu 16 kes.

Katanya, sebanyak 13 daerah mencatatkan jangkitan baharu satu angka termasuk Putatan (tiga kes) yang sebelum ini mencatatkan kes dua angka (15 kes). Tujuh daerah tidak mencatat sebarang jangkitan baharu.

"Sebanyak 267 daripada 272 yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, satu dalam Kategori 3 dan empat dalam Kategori 4," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement