Anda di sini

Penjaga lintasan cuai, punca kemalangan kereta api: Bung

Advertisement
BUNG MOKTAR RADIN
BUNG MOKTAR RADIN



KOTA KINABALU: Siasatan awal ke atas insiden kemalangan kereta api dengan dua kenderaan di persimpangan bertingkat Jalan Lintas-Kepayan, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, petang kelmarin berpunca daripada kecuaian penjaga lintasan rata.


Demikian menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang juga Menteri Kerja Raya (gambar), hari ini (18 Ogos).


Dalam kejadian pada 2.40 petang semalam, kereta api yang membawa kira-kira 70 penumpang dalam perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu dilaporkan merempuh sebuah kereta pacuan empat roda dan sebuah lori di persimpangan bertingkat Jalan Lintas, dekat KKIA.


"Apabila kereta api tiba di lintasan rata di persimpangan bertingkat Jalan Lintas, palang keselamatan serta siren gagal diaktifkan ekoran ketiadaan penjaga yang sepatutnya bertugas di pondok lintasan rata tersebut.


"Ekoran itu berlaku kemalangan diantara kereta api dengan dua buah kenderaan di Lintasan Rata Lintas. Sebuah kereta pacuan empat roda rosak teruk manakala lori hanya mengalami kerosakan minimal. Namun tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden tersebut, " katanya dalam satu kenyataan.


Dalam perkembangan sama, Bung memberitahu JKNS akan memastikan setiap maklumat seperti kebenaran untuk berlepas disampaikan dengan tepat dan jelas kepada penjaga lintasan rata serta memastikan setiap pengawal lintasan rata berada di pondok lintasan rata ketika menjalankan tugas.


"Selain itu, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian hadapan kepala kereta api akan dilakukan serta merta untuk memastikan rakaman kemalangan dapat diambil termasuk, merakam kehadiran setiap kakitangan yang bertugas ketika operasi perkhidmatan.


"Proses penubuhan Bahagian Pemantauan dan Koordinasi JKNS juga akan dipercepatkan untuk memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dapat dikawal selia dengan lebih baik pada masa akan datang," katanya.

  • oleh
  • Advertisement