Anda di sini

Pemimpin akar umbi perlu perhebat program kemerdekaan

Advertisement
 Reduan (tengah) menyempurnakan simbolik pelepasan Konvoi Kembara Merdeka 2022.
LEPASKAN: Reduan (tengah) menyempurnakan simbolik pelepasan Konvoi Kembara Merdeka 2022.

KOTA KINABALU: Kesemua pemimpin akar umbi kawasan Tanjung Aru dikehendaki memperhebatkan program masing-masing sempena dengan Hari Kemerdekaan pada bulan ini.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru Reduan Aklee berkata, pelbagai perancangan telah diadakan untuk kawasan berkenaan sempena Hari Kemerdekaan 2022.

"Dalam masa terdekat UPPM di sini juga akan melaksanakan agihan Jalur Gemilang kepada semua pemimpin akar umbi termasuk Komuniti Keluarga Malaysia," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka 2022, di sini hari ini.

 Reduan melekatkan bendera Jalur Gemilang pada kenderaan awam di Tanjung Aru.
MERDEKA: Reduan melekatkan bendera Jalur Gemilang pada kenderaan awam di Tanjung Aru.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana Tanjung Aru dipilih sebagai salah satu lokasi pelaksanaan program berkenaan.

Katanya, sejumlah 16 kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan telah bersama-sama menjayakan program berkenaan di sini.

"Kita berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Sabah, para kakitangan UPPM Tanjung Aru, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) serta Komuniti Keluarga Malaysia untuk bersama-sama menjayakan program ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement