Anda di sini

Najib tamatkan khidmat firma guaman ZIST

Advertisement
 

PUTRAJAYA: Hari kedua pendengaran rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, mahkamah diberitahu bekas perdana menteri itu telah menamatkan perkhidmatan firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST).

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik apabila pendengaran rayuan itu bermula di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. 

“Teruskan,” kata Hakim Tengku Maimun selepas Hisyam memberitahu perkara tersebut, berikutan itu Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram memulakan penghujahannya.

Pada 26 Julai, Ahli Parlimen Pekan itu melantik ZIST untuk mewakilinya dalam rayuan terakhir bagi mengetepikan sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd selepas menamatkan perkhidmatan firma guaman Tetuan Shafee & Co berkuat kuasa serta-merta. 

Beliau juga melantik Hisyam, daripada Tetuan Hisyam Teh sebagai peguam utamanya untuk menggantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Semalam, mahkamah menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mewakili Najib dan memerintahkan pihak pendakwaan membentangkan penghujahan. - BERNAMA
 

Advertisement