Anda di sini

Kunjungan KSRT bincang kerjasama dengan PBBS

Advertisement
 Kunjungan hormat KSRT kepada PBBS.
KUNJUNGAN: Kunjungan hormat KSRT kepada PBBS.

KOTA KINABALU: Kelab Sukan Rekreasi Tokow (KSRT) mengadakan kunjungan hormat kepada Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) bagi membincangkan kerjasama antara kelab dan persatuan.

Presiden Kelab Jick Marzuki Juslin @ Sirin berkata kerjasama terbabit bagi memastikan kelab dapat melaksanakan serta menjayakan apa-apa program sukan sebagai pembangunan dalam bidang berkenaan.

Sementara itu Presiden PBBS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Roslam Muharam menyambut baik kewujudan penubuhan kelab ini agar pembangunan sukan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur seterusnya dapat melahirkan atlet sukan yang mempunyai bakat seterusnya yang boleh diketegahkan diperingkat yang lebih tinggi.

Katanya pengurusan kelab juga berharap agar kelab yang ditubuhkan ini dapat diterima dan disambut baik oleh semua lapisan masyarakat Bisaya di Sabah.

  • oleh
  • Advertisement