Anda di sini

65 pendaki, NGO, agensi kerajaam sertai khidmat bakti bomba di Kampung Terian

Advertisement
 Peserta merakamkan gambar bersama semasa program khidmat bakti bomba di Kampung Terian di sini.
KENANGAN: Peserta merakamkan gambar bersama semasa program khidmat bakti bomba di Kampung Terian di sini.

PENAMPANG: Seramai 65 pendaki dan beberapa agensi kerajaan serta Badan Bukan Kerajaam (NGO) menyertai program khidmat bakti bomba di Kampung Terian di sini.

Program selama dua hari melaksanakan pelbagai aktiviti termasuklah program latihan bomba komuniti, ceramah keselamatan kebakaran, latihan pemadaman menggunakan alat pemadam api untuk penduduk kampung dan murid Sekolah Kebangsan (SK) Terian. 

Turut diadakan pertandingan mewarna, aktiviti Persekutuan Pengakap Negeri, Petrosains dan praktikal penggunaan alat pemadam api kepada pasukan bomba komuniti SURI dan pelajar serta peserta hikers selain saringan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Kampung Terian.

Pihak bomba juga melaksanakan khidmat bakti membaikpulih kediaman salah seorang penduduk Ayon Manson dan astaka sekolah Kampung Terian, selain menyediakan fire point untuk keperluan penduduk kampung dan aktiviti masyarakat.

Perasmian dilaksanakan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M Noor Asman Taib yang turut diiringi Ketua Pengarah JBPM Datuk Sri Mohammad Hamdan Wahid.

  • oleh
  • Advertisement