Anda di sini

108 sertai kejohanan boling Sirkit Remaja Sportexcel-NSC-Milo-MTBC Edisi Sarawak

Advertisement
Juara kategori terbuka remaja lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, Marcos Chang (kiri) dan Chloe Ho bersama hadiah masing-masing.
Juara kategori terbuka remaja lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, Marcos Chang (kiri) dan Chloe Ho bersama hadiah masing-masing.

KUCHING: Seramai 108 peserta termasuk 62 dari Sarawak mengambil bahagian dalam kejohanan boling anjuran Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS), yang berakhir di Megalanes Sarawak, Batu Kawa baru-baru ini.

Dalam kejohanan itu, Marcos Chang Hao Hong memenangi kategori Terbuka Remaja Lelaki untuk Sarawak selepas menundukkan rakan sepasukan, Mohd Aniq Zulhilmi Muhammad Fadzell 200-158 dalam aksi final stepladder.

Tempat ketiga dan keempat dirangkul Brendon Liew Tze Vui dari Sabah dan Bernard Wong Chee Wan.

Kategori stepladder Graded Remaja Lelaki pula diungguli Ahmaddin Rejab Zaini yang menjinakkan Muhammad Isyrad Iqbal Ramadhan 191-182 dalam aksi final.

Mohd Iman Hareez Mohamad Nizam dan Cornelius Aldheim Sajat dari Sabah menamatkan saingan di tangga ketiga dan keempat.

Dalam pada itu, atlet perempuan Sabah cemerlang apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam kategori Terbuka dan Graded menerusi Chloe Ho Rui Zhi selepas mengatasi Andrea Tan Tze Shuen 188-143.

Nur Jeehan Iezzaty Suffian pula menundukkan Nur Amylda Natasha Jemat Zaidil 188-185 untuk menduduki tempat keempat dalam kategori Graded Perempuan.

Sementara dalam kategori bawah 12 tahun yang berakhir pada Selasa, Joses Ivan Tony muncul johan kategori remaja lelaki bawah 12 tahun selepas menjatuhkan 2,281 pin dalam 12 pusingan permainan, sekali gus menungguli kategori tersebut dengan kelebihan 84 pin di hadapan peserta Sabah, Muhammad Zaki Abdul Rahman, manakala Alvin Voon Dong Cheng tempat ketiga dengan 1,932.

Selain itu, Joses juga memenangi permainan High Score dengan jatuhan 228 pin.

Tempat keempat hingga kelapan dimenangi Tristen Lee Yan Wai (Sabah-1,883), Gerald Ethan Tony (1,732), Mohammad Danish Hakim Fadzilah @ Fadzil (Sabah-1,659), Vayden See Jun Hung (1,594) dan Darren Chai Yew Hong 1,551).

Kategori perempuan bawah 12 tahun pula dimenangi Natalie Chong Yi Wen dari Sabah dengan menjatuhkan 1,966 pin sambil Nur Fathi Fatihah Mohammad Zakry dan Anathaca Gadding John Lon di tempat kedua dan ketiga dengan 1,781 pin dan 1,672 pin.

Natalie juga mencatat High Score dengan 193 pin.

Mereka yang memenangi tempat keempat hingga kelapan ialah Miasara Adawiyah Saiful (Sabah-1,672), Tantiana Marissa Ramulo (1,529), Arwynn Galleina Arthur Ray (1,409), Valencia Tova Anthony (Sabah-1,398) dan Lynette Ho Kang Ling (Sabah-1,349).

Dua peserta terbaik dari setiap kategori dengan jumlah mata terkumpul dari pusingan di Sabah dan Sarawak akan melayakkan diri dalam aksi final Grand Prix pada tahun ini.

Timbalan Presiden ABAS, Shaifulbahri Shukri dan Naib Presiden ABAS Robert Lu Nam Min menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
 

  • oleh
  • Advertisement