Anda di sini

Tarikh sesuai faktor penting untuk mengadakan pilihan raya

Advertisement

KUCHING: Tarikh yang sesuai merupakan faktor yang penting untuk mengadakan pilihan raya sama ada negeri mahupun parlimen, kata Speaker DUN Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Beliau tidak menafikan salah pilih tarikh juga memberi kesan kepada parti atau pemimpin yang bertanding kerana ia menentukan kepimpinan.

"Sebagai contoh di England pernah berlaku di mana kabinet berbelah pendapat, ada yang mahu pilihan raya diadakan pada Jun dan ada yang mahu ia diadakan pada Oktober tetapi Perdana Menteri mahukan ia diadakan pada Jun.

"Ada menteri wanitanya mahu ia diadakan pada Oktober dan akhirnya mereka adakan pada Jun tetapi kalah kerana waktu atau tarikh sesuai sememangnya Oktober. Ini yang saya maksudkan tarikh yang sesuai untuk pembubaran atau pilihan raya amat menentukan kepimpinan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jelajah Parlimen dan DUN: Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 dan KDNK 2021 Sarawak 2021 yang dihadiri Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin di sini, hari ini.

 Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 dan KDNK 2021 Sarawak 2021 di Kuching, hari ini. 
Asfia ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian merasmikan Jelajah Parlimen dan DUN: Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 dan KDNK 2021 Sarawak 2021 di Kuching, hari ini. 

Menurut Asfia, untuk mengadakan pilihan raya atau pembubaran DUN dan Parlimen bukan sekadar melihat kepada berapa pengundi di kawasan atau pertambahan kerusi, tetapi paling penting tarikh yang sesuai.

Katanya begitu juga pilihan raya di negara ini yang melibatkan banyak pendapat dari pelbagai pihak.

Ditanya mengenai faktor yang perlu diambil kira menentukan tarikh sesuai, Asfia berkata beliau tidak mempunyai jawapannya.

"Namun apa yang saya nyatakan adalah kadang-kadang ada banyak kesilapan (dalam menentukan tarikh)... ada perdana menteri yang membubarkan parlimen tiga tahun sebelum penggal itu habis dan ini mesti ada sebabnya dan mengapa? Ini sangat penting," katanya.

Selain itu jelasnya, perdana menteri juga perlu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum, manakala dalam konteks negeri ini, Premier Sarawak perlu menasihatkan Yang di-Pertua Negeri bila DUN patut dibubarkan.

Mengenai keperluan Dewan Rakyat dibubar selepas ia matang, beliau berkata ia tidak semestinya kerana ia tidak tertulis dalam undang-undang.

Advertisement