Anda di sini

Sarawak hos Borneo Trail Classic

Advertisement

KUCHING: Menteri Pelancongan, Seni Kreatif dan Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berasa gembira kerana Sarawak telah dipilih sebagai salah satu tempat untuk Borneo Trail Classic (BTC) yang pertama.

BTC merupakan sebahagian daripada Kejohanan Dunia Spartan Trail.

"Kita bertuah kerana dipilih sebagai tuan rumah bagi siri kejohanan larian jejak (trail running) yang paling berprestij dan dinanti-nantikan di dunia dan ini adalah satu-satunya perhentian seumpama itu di Asia Tenggara.

"Acara yang berlangsung di Redeems Centre di Kampung Apar, Bau dari 15 hingga 16 Oktober nanti dijangka menarik kira-kira 2,000 peserta. Saya yakin kita boleh mencapai sasaran ini kerana buat masa ini, kira-kira 1,000 orang dari 14 negara telah mendaftar untuk acara ini," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Hii Chang Kee, Presiden Redeems Centre Datuk Peter Nansian dan Pengarah Carus Sport & Event Sdn Bhd Carter Wei dan Gordon Chung.

Abdul Karim menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Ho (kiri, depan) dan Lee sambil disaksikan (dari kanan, barisan belakang) Hii, Wei, Peter dan Chung.
Abdul Karim menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Ho (kiri, depan) dan Lee sambil disaksikan (dari kanan, barisan belakang) Hii, Wei, Peter dan Chung.

Menurut Abdul Karim, mereka yang telah mendaftar terdiri daripada 40 peratus dari Sarawak, 35 peratus dari negeri lain di Malaysia dan 25 peratus warga asing.

"BTC merangkumi lima jarak iaitu 7km (kilometer), 10km, 21km, 50km (Trail Run Championship) dan 100km (Trail Ultra Championship).

"Selain itu, BTC juga menganjurkan Trail Fun Run sejauh 1km dan 3km untuk kanak-kanak berusia lima hingga 14 tahun," kata Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.

Tambah beliau, acara ini sangat menarik kerana ia akan melalui beberapa taman negara dan kampung warisan tempatan seperti Kampung Apar, Kampung Segong, Kampung Barieng, Kampung Bobak Sejinjang, Kampung Daun, Kampung Daun Ngori, Kampung Tabong, Kampung Atas, Kampung Badul , Kampung Sudoh dan Kampung Rayu.

"Penganjur iaitu Sarawak Fitness Association juga akan menjemput pemenang perlumbaan MSSM merentas desa Perempuan B12 baru-baru ini, Shakira Onie Henry," tambah Abdul Karim.

BTC katanya, adalah satu lagi acara antarabangsa yang disokong oleh kerajaan negeri dalam usaha membina pelancongan dan sukan serta pelancongan pengembaraan khususnya.

"Ia adalah salah satu acara yang disenaraikan dalam kalendar pelancongan kementerian untuk mempromosikan lagi pelancongan di negeri ini.

"Kita juga menyokong acara seperti pesta muzik dan makanan sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan," katanya.

Beliau berkata, BTC juga teruja untuk bekerjasama dengan MAKSAK Sarawak dengan menggalakkan dan menjemput semua ahlinya ke perlumbaan, selain mencadangkan pertandingan antara MAKSAK Sarawak di mana pemenang akan membawa pulang hadiah eksklusif.

Pelumba yang mengambil bahagian dalam 50km dan 100km akan berpeluang menjadi sebahagian daripada Kejohanan Dunia Spartan Trail, dengan pelari elit bersaing untuk mendapatkan hadiah utama berjumlah AS$25,000 untuk kedua-dua kategori dan lebih penting lagi, mata kejuaraan untuk papan pendahulu Akhir Dunia (World Final leaderboard).

Advertisement