Anda di sini

Polis kesan lelaki gunting Jalur Gemilang di ibu kota

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki berhubung insiden menggunting Jalur Gemilang, dalam kejadian dipercayai berlaku petang semalam di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

"Polis tidak menerima sebarang laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan," katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 37 saat dalam aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki berbaju merah dan bertopi biru menggunting beberapa Jalur Gemilang yang dipasang di laluan pejalan kaki dipercayai di hadapan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di Jalan Ampang di sini.

Menurut pemilik akaun TikTok berkenaan, beliau telah menegur perbuatan lelaki itu tetapi tidak diendahkan selain khuatir akan keselamatan diri ekoran pelaku memegang gunting. - BERNAMA 

Advertisement