Anda di sini

MYDIN komited ringankan kos perbelanjaan rakyat

Advertisement

KUCHING: Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menganjurkan Kempen MYDIN 65 Tahun 'Bersama Keluarga Malaysia' dan Kempen Beli Barangan Malaysia yang akan dilancarkan di MYDIN Seremban 2, Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporat MYDIN, kempen yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-65 MYDIN itu seiring dengan Bulan Kemerdekaan dan melibatkan semua cawangan MYDIN.

Kempen itu yang dilancarkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid itu mendapat kerjasama 84 jenama terdiri daripada rakan-rakan strategik dan pembekal MYDIN, antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Kempen Beli Barangan Malaysia, MyDebit, Atome, PnG, Shopee, Boost dan banyak lagi.

Ia bertujuan membantu meringankan kos sara perbelanjaan masyarakat menerusi aktiviti-aktiviti dan promosi menarik yang telah dirangka sepanjang kempen berlangsung dari 18 Ogos hingga 30 Oktober ini.

Bakal menjadi tumpuan ialah peraduan bersama rakan-rakan strategik kempen, antaranya MyDebit, Boost dan banyak lagi yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1,000,000.

 

Di samping itu, MYDIN turut akan melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia dengan kerjasama KPDNHEP.

Kempen tersebut bertujuan untuk menghidupkan kembali perniagaan tempatan khususnya industri kecil dan sederhana yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

MYDIN juga memberi peluang kepada usahawan-usahawan baharu untuk memperkenalkan produk mereka dan memasuki pasarannya melalui peraduan 'Pitch to Win.'

Tiga pemenang bagi peraduan 'Pitch to Win' bakal memenangi pakej pemasaran bernilai lebih RM100,000 serta berpeluang memasarkan produk mereka di seluruh cawangan MYDIN.

MYDIN juga menganjurkan seminar keusahawan oleh pakar-pakar industri perniagaan bagi memberi pendedahan kepada usahawan baharu dan bakal usahawan untuk menguruskan perniagaan dan memasarkan jenama mereka.

MYDIN turut melancarkan laman sesawang mydin.my dan kad Keahlian Meriah berwajah baharu dengan pelbagai tawaran dan rebat istimewa dengan rakan dagang serta diskaun hebat setiap hari bagi ahli yang mendaftar.

Sementara itu, Pengarah Urusan MYDIN Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, "Kami amat memahami kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh Keluarga Malaysia terutamanya dalam tempoh mencabar ini dengan kenaikan kadar inflasi dan harga barangan akibat gangguan global.

"Kebanyakan isi rumah dan peniaga terkesan akibat peningkatan harga barangan dan kita baru melalui fasa (peralihan ke) endemik dan masing-masing sedang berusaha untuk kembali pulih. Ini merupakan masa MYDIN untuk tampil bersama-sama mereka bagi membantu dan meringankan perbelanjaan mereka."

Pelanggan yang ingin menikmati harga diskaun ini boleh segera mendaftar sebagai Ahli Kad Meriah.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan kempen boleh melayari laman sesawang rasmi mydin.my.

Advertisement