Anda di sini

Kempen Gemilang Bersama inspirasi kekal perpaduan rakyat Malaysia

Advertisement
 Henry (kanan) menyampaikan tajaan berjumlah RM50,000 dari Yayasan Astro Kasih kepada George (kiri) dan Nurin (tengah) yang mewakili MAB.
TAJAAN: Henry (kanan) menyampaikan tajaan berjumlah RM50,000 dari Yayasan Astro Kasih kepada George (kiri) dan Nurin (tengah) yang mewakili MAB.

Inisiatif dilaksana Astro sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 
 

Setiap tahun syarikat penyiaran Astro sentiasa menawarkan pelbagai program menarik untuk tontonan rakyat Malaysia sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Tahun ini, Astro melancarkan Kempen Gemilang Bersama yang merangkumi pelbagai rancangan menarik dan aktiviti bermanfaat untuk dikongsikan bersama seluruh rakyat di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan berkata, Kempen Gemilang Bersama menjadi platform kepada Astro untuk memberi inspirasi kepada rakyat pelbagai latar belakang di negara ini agar terus bersatu dan kekal teguh.

Katanya, keteguhan dan perpaduan yang diamalkan di negara ini divisualkan menerusi tangan-tangan yang mewakili kepelbagaian kaum di Malaysia.

Menurutnya, warna-warna kebangsaan negara dalam Jalur Gemilang melambangkan biru untuk perpaduan, merah untuk keberanian, putih untuk kesucian, dan kuning untuk kesetiaan adalah nilai-nilai yang menyatukan rakyat Malaysia.

Selain itu jelasnya, sempena dengan kempen itu juga, Astro sekali lagi menampilkan pelbagai rancangan kegemaran penonton yang ditayangkan menerusi Gemilang Saluran 100 di televisyen, On Demand dan juga Astro GO.

LANCAR: Antara selebriti terkenal negara yang hadir menjayakan pelancaran Kempen Gemilang Bersama merakamkan kenangan pada majlis itu.

"Sempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, lebih 150 program menarik yang terdiri daripada pelbagai genre seperti hiburan, variasi, drama, fakta, filem, telefilem, filem pendek, dan kanak-kanak ditayangkan Astro.

"Para pelanggan Astro boleh menikmati rancangan kegemaran secara percuma bermula 21 Ogos sehingga 18 September depan," katanya pada majlis Pelancaran Kempen Gemilang Bersama di Kuala Lumpur Selasa lepas.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyediakan video Gemilang Bersama yang memaparkan atlet para Malaysia Nurin Amalin, 19, yang kehilangan penglihatan sejak berusia 10 tahun.

Menurutnya, menerusi video berkenaan, para penonton dapat melihat warna dan nilai sebenar yang terdapat dalam Jalur Gemilang dan diterjemahkan menerusi Kempen Gemilang Bersama.

Sementara itu katanya, sempena dengan Kempen Gemilang Bersama, Astro turut mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai kempen menderma darah bersama Pusat Darah Negara (PDN).

"Dengan menderma satu beg darah, anda mungkin dapat menyelamatkan tiga nyawa. Mereka yang berminat untuk menderma darah boleh berbuat demikian di pusat-pusat menderma darah di Jalan Tun Razak, Putrajaya dan Mid Valley atau melayari www.pdn.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut.

"Astro juga melaksanakan inisiatif buku audio bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bagi menyokong dan mahu membawa kesedaran berhubung golongan yang cacat penglihatan.

"Usaha ini juga bagi memupuk rakyat Malaysia untuk menjadi sukarelawan dalam merakam buku audio menerusi kerjasama dengan pihak MAB," jelasnya.

 Tetamu jemputan turut merakamkan kenangan bersama Henry (tiga kanan) dan wakil Astro sempena pelancaran Kempen Gemilang Bersama.
GEMILANG: Tetamu jemputan turut merakamkan kenangan bersama Henry (tiga kanan) dan wakil Astro sempena pelancaran Kempen Gemilang Bersama.

Beliau berkata, orang ramai boleh menghantar rakaman buku audio ke [email protected] dan untuk maklumat lanjut, sila layari [email protected]

Pada majlis itu, Astro menerusi Yayasan Astro Kasih menyampaikan tajaan berjumlah RM50,000 kepada MAB yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAB George Thomas bersama Nurin.

"Sebagai jenama tempatan, Astro beraspirasi menjadi suara untuk kebaikan dalam membolehkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam membina negara kita menerusi Kempen Gemilang Bersama, meraikan kisah dan hiburan Malaysia terbaik menerusi Gemilang Saluran 100.

"Para pelanggan boleh menikmati kekayaan barisan kandungan terkini dan bakal ditayangkan buat pertama kali seperti rancangan 'All Together Now Malaysia Merdeka Special'.

"Rancangan ini memaparkan selebriti-selebriti tersohor negara terdiri dari pelbagai kaum dan generasi yang inginkan trofi khas 'All Together Now Merdeka'.

"Astro turut menyiarkan rancangan hiburan komedi bertajuk Satu Tong yang dibintangi Andy Teh, Elizabeth Tan dan Shah Iskandar dengan mengisahkan masalah yang sering dialami rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air," jelasnya.

Beliau berkata, komedi ‘feel good’ ini mengingatkan penonton mengenai keikhlasan dan sikap saling membantu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, turut disiarkan sempena kempen berkenaan dokumentari 'Malaysia In Their Eyes' dan 'The Conservationists' oleh pengarah tersohor KC Chiu.

Henry berkata, dokumentari pertama memaparkan keindahan negara ini dari pandangan seramai lapan penduduk asing yang berkongsi kisah kehidupan mereka di Malaysia.

"Mereka berkongsi mengapa memilih Malaysia sebagai rumah baharu sekali gus mengingatkan kita mengenai kekayaan budaya dan kehidupan yang sudah menjadi kebiasaan rakyat di negara ini.

"Dokumentari 270 min Ke Piala Asia pula merakamkan perjalanan pasukan bola sepak negara yang penuh dengan tangisan, kegembiraan dan pengorbanan secara kronikal dalam melayakkan diri ke Piala Asia AFC 2023 buat pertama kali dalam tempoh 42 tahun.

"Para peminat filem tempatan juga berpeluang menyaksikan 'The Making of Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' di saluran Gemilang," katanya.

Beliau berkata, filem blokbuster penuh aksi itu akan ditayangkan pada 25 Ogos ini yang mengisahkan mengenai pengorbanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), serta semangat patriotisme ketika berkhidmat dan menjaga keselamatan negara.

Selain itu jelasnya, peminat cilik Astro juga bakal menikmati rancangan 'Chit Chat Ceria' yang memaparkan bagaimana kanak-kanak melihat Malaysia secara berbeza dengan golongan dewasa menerusi interaksi dengan hos Alif Satar, Sissy Iman serta tetamu-tetamu undangan seperti Datuk Aznil Nawawi dan Michael Ang.

"Saksikan jua 'Kampunglympics', 'Agak-Agak Cooking Show' serta filem-filem kesayangan rakyat Malaysia termasuk Ola Bola, Hantu Kak Limah, 'The Journey', 'The Garden of Evening Mists', Paskal, Polis Evo 1 & 2, 'The Kid from The Big Apple', P. Ramlee Movies, dan Boboiboy The Movie 2.

"Selain siaran TV, Astro Radio juga akan menganjurkan pelbagai program menarik termasuk memutar lebih banyak lagu-lagu tempatan di seluruh 11 stesen radio serta aplikasi SYOK sempena Hari Kebangsaan," katanya.

 Pengacara untuk rancangan Chit Chat Ceria turut dijemput untuk berkongsi pengalaman pada majlis itu.
CERIA: Pengacara untuk rancangan Chit Chat Ceria turut dijemput untuk berkongsi pengalaman pada majlis itu.

Menurutnya, pihak Go Shop turut mengadakan 'Go Gemilang Sale' yang menawarkan baucar diskaun sehingga RM112 bermula 8 Ogos sehingga 18 September 2022.

"Para pelanggan boleh menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tanpa pembelian minimum bermula 31 Ogos sehingga 4 September serta 16 September sehingga 18 September. 

"Selain itu, para pelanggan boleh menonton rancangan TV khas pada saluran Go Shop, laman sesawang dan aplikasi mobil- Kak Joy & The Geng, Inspirasi Malaysia, Keluarga Mahabbah, Go Cuti dan Rencah Go Shop. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store.

"Bagi pelanggan-pelanggan NJOI, mereka boleh mendapatkan dua bulan akses percuma Pek HD dan kredit RM30 apabila mereka membeli NJOI Box dari NJOI Store www.njoi.com.my, penjual NJOI di seluruh negara atau platform e-dagang termasuk Shopee, Lazada dan Go Shop bermula sekarang sehingga 30 September," katanya. 

Henry berkata, menerusi Astro Rewards, 100 pelanggan Astro berpeluang untuk menang HONOR Band 6 dengan menjawab soalan-soalan trivia berkenaan dengan saluran Gemilang.
 

  • oleh
  • Advertisement