Anda di sini

Bocah Mumet, F10 United ungguli Futsal Terbuka Piala Pusingan ADUN Tanjong Batu

Advertisement

BINTULU: Pasukan Bocah Mumet muncul juara lelaki Kejohanan Futsal Terbuka Piala Pusingan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N68 Tanjong Batu YB Johnny Pang di Gelanggang Futsal Kelab Kidurong Bintulu (KKB), baru-baru ini.

Naib juara dirangkul IMJ FT dan tempat ketiga serta keempat pula masing-masing disandang Empurau FT dan MOZO Sport.

Juara kategori wanita pula menjadi milik pasukan F10 United, naib juara Polycats B diikuti tempat ketiga dan keempat masing-masing SP-X (W) dan IKM FT (W).

Juara kategori lelaki menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan piala pusingan, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,200 dan RM800, manakala tempat keempat menerima RM500.

Juara kategori wanita pula menerima hadiah RM800, diikuti naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima RM500 dan RM300, sementara tempat keempat menerima hadiah saguhati.

Johnny (empat kiri) menyampaikan hadiah kepada pasukan Bocah Mumet yang muncul juara Futsal Terbuka Piala Pusingan ADUN Tanjong Batu.
Johnny (empat kiri) menyampaikan hadiah kepada pasukan Bocah Mumet yang muncul juara Futsal Terbuka Piala Pusingan ADUN Tanjong Batu.

Juara, naib johan dan tempat ketiga kedua-dua kategori turut menerima piala dan pingat.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Pang pada majlis penutupan kejohanan tersebut.

Seramai 32 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita dari Kuching, Miri, Mukah termasuk Bintulu menyertai kejohanan yang berlangsung dua hari yang berlangsung pada 13 dan 14 Ogos lalu.

Kejohanan tersebut anjuran Kelab Futsal Top Eight Bintulu dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Advertisement