Anda di sini

Bas bertembung lori tangki minyak di Pakistan, 20 maut

Advertisement

LAHORE: Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban apabila sebuah bas terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Pakistan kelmarin, kata polis.

Penumpang tersebut sedang dalam perjalanan selama beberapa jam apabila kenderaan mereka berlanggar di luar bandar pusat  Multan.

Gambar tempat kejadian menunjukkan rangka bas yang rentung selepas perlanggaran  dengan sebuah lori tangki minyak.

“Saya dapat mengesahkan 20 orang terkorban dalam insiden itu disebabkan oleh kebakaran,” kata pegawai kanan polis, Rao Zulfiqar Ali.

Anggota penyelamat menggeledah rangka bas yang rentung selepas ia bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di daerah Multan, Pakistan kelmarin. — Gambar AFP
Anggota penyelamat menggeledah rangka bas yang rentung selepas ia bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di daerah Multan, Pakistan kelmarin. — Gambar AFP

Sekurang-kurangnya enam orang lagi tercedera dalam insiden tersebut, tambahnya.

Pakistan mempunyai rekod kemalangan maut trafik yang suram disebabkan oleh keadaan jalan raya yang teruk, kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik dan pemanduan yang cuai.

Pada 2015 sekurang-kurangnya 62 orang terkorban dalam nahas berapi lain melibatkan sebuah bas penumpang dan sebuah lori tangki minyak di wilayah selatan Sindh. — AFP

Advertisement