Anda di sini

Annuar sampaikan sumbangan kepada gereja SDA Kg Toboh Baru

Advertisement
 Ronanus (kiri) menunjukkan isyarat tangan ‘Onsoi’ (terbaik) semasa menyerahkan sumbangan tersebut kepada Elder Aisey di pintu utama gereja SDA Kg Toboh Baru.
BAGUS: Ronanus (kiri) menunjukkan isyarat tangan ‘Onsoi’ (terbaik) semasa menyerahkan sumbangan tersebut kepada Elder Aisey di pintu utama gereja SDA Kg Toboh Baru.



KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman menyampaikan sumbangan dana dalam bentuk tunai kepada Gereja Seventh-Day Adventist (SDA) Kg Toboh Baru bagi membolehkan gereja itu melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan rumah ibadat.


Sumbangan itu diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Toboh Baru Keningau Ronanus Ehalui yang mewakili Annuar kepada Ketua Gereja 1 SDA Kg Toboh Baru, Elder Aisey Talin.


Elder Aisey ketika ditemui merakamkan berbanyak terima kasih kepada wakil rakyat, iaitu ADUN Liawan (Annuar) atas sumbangan yang diberikan dan meyakini ianya dapat membantu gereja dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan nanti.

“Bagi pihak gereja, saya amat menghargai sumbangan ini dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Annuar kerana prihatin dengan keperluan untuk membaiki gereja ini.

 
“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Ronanus diatas sokongan dan usaha yang diberikan. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian, “ kata Aisey.

  • oleh
  • Advertisement