Anda di sini

Penduduk Kg Gasabon hargai kemudahan pondok

Advertisement
 Inilah kemudahan yang diluluskan wakil rakyat bagi keselesaan para penduduk sementara menunggu kenderaan untuk keluar ke pekan.
SELESA: Inilah kemudahan yang diluluskan wakil rakyat bagi keselesaan para penduduk sementara menunggu kenderaan untuk keluar ke pekan.



KENINGAU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Gasabon Apin-Apin Joanes Sapot (gambar) mewakili penduduk kampung dan sekitarnya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik atas pembinaan pondok perhentian bas di kampung berkenaan.

JOANES SAPOT
JOANES SAPOT


"Saya mewakili penduduk kampung merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya kerana telah meluluskan pembinaan pondok tersebut.


"Dengan terbinanya pondok tersebut, ianya dapat memberi keselesaan kepada penduduk kampung untuk berteduh semasa menunggu kenderaan apabila hendak keluar ke pekan," katanya.


Joanes berharap para penduduk di kampung tersebut dapat menjaga kemudahan pondok tersebut dengan memastikan tahap kebersihan di sekitar pondok tersebut demi keselesaan semua penduduk.
 

  • oleh
  • Advertisement