Anda di sini

MoU Sunlight Pharmacy, Cyberjaya College sedia latihan profesional kepada pelajar

Advertisement
 MoU yang ditandatangani antara Sunlight Pharmacy dan Cyberjaya College.
MoU: MoU yang ditandatangani antara Sunlight Pharmacy dan Cyberjaya College.

KOTA KINABALU: Memorandum persefahaman (MoU) antara Sunlight Pharmacy dan Cyberjaya College menyediakan latihan profesional untuk pelajar pemegang ijazah dan diploma dari institusi ini. 

Pengurus Bahagian Sumber Manusia Sunlight Pharmacy Henrietta Kual berkata sejak beberapa tahun lalu Sunlight Pharmacy terlibat secara aktif dalam menyediakan penempatan latihan pelajar sebagai sebahagian sumbangan kepada masyarakat.

“Farmasi Sunlight berhasrat untuk menyediakan latihan lapangan untuk kumpulan pelajar agar  mereka dilengkapi dengan pengetahuan klinikal terkini.

“Usaha ini juga membolehkan pelajar memperoleh pengalaman seterusnya mengaplikasikan pengetahuan yang ada dalam suasana bekerja di bahagian jualan.

“Ini juga akan menjadi nilai tambah kepada pelajar dan meningkatkan potensi untuk memperoleh tawaran pekerjaan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis menandatangani MoU Sunlight Pharmacy dan Cyberjaya College yang diwakili Penyelaras Program Diploma Farmasi Brandon Ling.

Dalam pada itu Henrietta berkata jenis latihan yang sama juga diberikan secara berterusan kepada semua pekerja Sunlight Pharmacy.

Tambahnya ini bagi memastikan pelanggan sentiasa menerima kualiti perkhidmatan terbaik.

  • oleh
  • Advertisement