Anda di sini

Gereja SIB Kelangsat terima sumbangan alat muzik

Advertisement
 Sebahagian yang hadir pada majlis penyerahan sumbangan alat muzik merakamkan gambar kenangan sempena majlis itu.
ALBUM: Sebahagian yang hadir pada majlis penyerahan sumbangan alat muzik merakamkan gambar kenangan sempena majlis itu.



SIPITANG: Majlis penyerahan alat muzik kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kelangsat Sipitang telah diadakan baru-baru ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yaacob yang diwakili oleh Sarudin Maidin hadir menyampaikan peralatan tersebut kepada Pastor SIB Kelangsat, Frederick Carrie David.


Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bahagian Sipitang yang juga Pengerusi Penaja Persatuan Masyarakat Murut Sipitang, Eric Suab Boh yang turut hadir bersama pada majlis itu berharap sumbangan daripada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melalui ADUN Sindumin itu dapat membangun kerohanian umat kristian (SIB) di kawasan tersebut.


Turut hadir Ketua Wiranita Parti Solidariti Tanah AirKu (STAR) Sipitang yang juga Exco STAR Pusat merangkap Penaung Persatuan Kebajikan Wanita Sipitang (PKWS) Sylvia David Jaimun; Pemaju Masyarakat Mukim Melamam Lee Chun Min; Ketua Kampung Akup Melaing; Pengerusi JPKK Biso Sabong; Ketua Kawasan SIB Mendolong Pastor Jeffrison L dan AJK Bahagian Erisus Enggal, pemimpin masyarakat setempat dan jemaat SIB di kawasan tersebut.

  • oleh
  • Advertisement