Anda di sini

Waris pejuang perlu diberi layanan sewajarnya

Advertisement
 Calvin (kiri) bersama tetamu kehormat yang hadir dalam upacara tersebut.
HADIR: Calvin (kiri) bersama tetamu kehormat yang hadir dalam upacara tersebut.

SANDAKAN: Waris tentera Sabah, British dan Australia yang terkorban pada perang dunia kedua di daerah ini perlu diberi layanan sewajarnya, khususnya mereka yang hadir sempena Upacara Hari Peringatan Sandakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong berkata sekiranya Parti Warisan (WARISAN) menjadi kerajaan pada masa akan datang, perkara itu akan dicadangkan.

Katanya, layanan itu sebagai tanda peringatan akan pengorbanan keluarga mereka yang gugur di daerah ini pada era perang dunia kedua.

“Setiap tahun upacara yang diadakan di Taman Peringatan Perang Batu 7 Sandakan itu lakukan dan mesti ada waris pejuang berkenaan hadir untuk menyambutnya.

“Justeru, perlu ada sambutan dan layanan yang sebaiknya kepada waris pejuang berkenaan terutamanya yang datang dari jauh,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, kira-kira seramai 2,400 tahanan perang warga Australia dan British yang terkorban di daerah ini pada ketika itu.

“Sebagai warga Sandakan, saya sangat menghargai pengorbanan semua pejuang negara serta tentera warga Australia dan British yang berjuang menentang penjajah.

“Hari ini, genap 77 tahun berakhirnya perang dunia kedua dan peristiwa itu adalah sejarah yang perlu dikenang serta diingati oleh seluruh warga Sandakan,” katanya.

Calvin berkata, dia sangat berbesar hati dapat mengikuti upacara tersebut bersama dengan waris dan wakil kerajaan Australia dan British.

Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia Justin Lee; Pesuruhjaya Tinggi Brisitsh di Malaysia Charles Hay dan Ahli Dewan Perwakilan Australia, Matt Keogh.

  • oleh
  • Advertisement