Anda di sini

SHEDA, MPHLG dan JTS anjur beberapa siri seminar di seluruh Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) bersama Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) menganjurkan beberapa siri seminar di seluruh Sarawak

Menurut satu kenyataan semalam, pihaknya menyatakan Panduan Penting Untuk Pengurusan dan Penyelenggaraan Strata di Sarawak akan diadakan di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Ia bertujuan menerangkan perkara penting dan membimbing pihak berkepentingan melalui peruntukan berkaitan Ordinan Pengurusan Strata 2019, Peraturan Strata (Pengurusan dan Penyelenggaraan) 2022 dan Ordinan Strata (Gelaran Subsidiari) 2019, yang berkuat kuasa awal tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkenan merasmikan pembukaan seminar tersebut di Miri pada 22 Ogos ini.

Objektif seminar adalah untuk menyediakan peserta dengan maklumat yang boleh dipercayai, untuk meminimumkan spekulasi dan ketidakpastian dalam proses dan prosedur dan untuk meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan dalam menggunakan perundangan baharu. 

Inisiatif yang diatur khas ini akan memberi manfaat besar kepada masa depan hartanah kediaman strata di Sarawak.

Antara lain, peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana peserta akan mendapat jawapan berhubung pengurusan dan penyelenggaraan strata di Sarawak secara langsung daripada MPHLG dan JTS. 

Selain pemaju hartanah, syarikat pengurusan, pengurus hartanah dan profesion undang-undang, seminar itu juga akan berguna untuk pemain industri lain seperti juruukur dan arkitek serta pihak berkuasa tempatan, jurubank, ejen hartanah dan pemilik petak.

Peserta yang berminat dipelawa menghubungi terus wakil SHEDA di setiap lokasi iaitu Miri: Chriz Chan (013-833 7788), Dennis Jong (013-833 3233), Bintulu: Yek Leh Ting (016-807 3450), Hanson Ling (019-814 0150), Sibu: Cecil Lau (016-870 6736), Vanessa Yong (016-890 8521), Kuching: Angelina Chai (019-816 2191) dan Yeo Chin Kee (016-835 3782).

Advertisement