Anda di sini

Sabah rekod 273 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 273 kes baharu COVID-19 hari ini dengan kenaikan 21 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, peningkatan itu adalah sejajar dengan pertambahan jumlah sampel hari ini iaitu sebanyak 2,835 berbanding hanya 2,154 pada semalam.

"Sebanyak 13 daerah merekodkan peningkatan kes berbanding hanya tujuh daerah yang merekodkan penurunan. 

"Antara daerah yang mencatatkan peningkatan signifikan ialah Putatan 27 kes, Penampang 27 kes, Tawau 29 kes, Tongod 10 kes dan Sipitang enam kes.

"Manakala, daerah-daerah yang mencatatkan penurunan ialah Kota Kinabalu 93 kes, Sandakan 17 kes, Papar 10 kes dan Tenom tiada merekodkan sebarang kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hari ini 22 daerah merekodkan sekurang-kurangnya satu kes baharu. Tujuh daripada 22 daerah tersebut mencatatkan jangkitan dua angka. 

Katanya, lima lagi daerah iaitu Kalabakan, Kunak, Pitas, Telupid dan Tenom tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu.

"Sebanyak 267 daripada 273 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement