Anda di sini

Pertimbang import ternakan, daging babi ke Sabah

Advertisement
JAMES
JAMES

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri disaran mempertimbangkan pengimportan ternakan dan daging babi daripada mana-mana penternak yang layak dari Semenanjung.

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk James Ratib berkata, tindakan membawa masuk ternakan dan bekalan daging babi bagi memenuhi permintaan pengguna dan peniaga tertentu di negeri ini.

Katanya, Jabatan Veterinar Negeri Sabah perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai ladang-ladang ternakan babi di sekitar Semenanjung yang bebas dari wabak penyakit juntuk membolehkan pengimportan ternakan berkenaan ke Sabah.

Menurutnya, di Sabah ketika ini, bekalan babi dan daging ternakan itu amat kurang dan produk yang diimport dari luar negara terlalu mahal dalam pasaran tempatan.

"Isu ini sering menjadi rungutan pengguna dan peniaga yang boleh mengambil bahan makanan itu di Sabah. 

"Justeru, kerajaan negeri perlu bertindak segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan daging babi di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut ini berkata, proses mengimport daging babi dari beberapa negeri di Semenanjung perlu melalui tapisan ketat oleh Jabatan Veterinar.

Katanya, langkah itu bagi memastikan bekalan terbabit bebas dari sebarang jangkitan virus dan selamat untuk dimakan.

Beliau berkata, krisis kekurangan bekalan daging babi di negeri ini berlaku kesan dari wabak penyakit Demam Babi Afrika (ASF) dan kenaikan harga makanan babi yang menyebabkan peniaga menaikkan harga ternakan itu di pasaran.

"Ketika ini, kerajaan negeri meluluskan lesen pengimportan daging babi kepada peniaga tempatan dari beberapa negara antaranya Francis, Sepanyol, Singapura, dan Denmark untuk memenuhi permintaan pengguna," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement