Anda di sini

Kontena bawa kepak ayam tidak dilulus JPV ditahan

Advertisement
 James meneliti rampasan kepak ayam yang diseludup masuk di dalam lori kontena terbabit.
OPERASI: James meneliti rampasan kepak ayam yang diseludup masuk di dalam lori kontena terbabit.

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berjaya merampas sebuah lori kontena yang dipercayai menyeludup masuk sayap ayam yang tidak diluluskan memasuki negara.

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk James Ratib berkata perkara itu disedari selepas pergerakan lori kontena dikesan membawa barangan seludup.

Katanya pihak JPV dan polis kemudiannya bertindak mengekori lori kontena terbabit sehingga sampai ke detinasi.

“Hasil pemeriksaan pihak JPV mendapati kontena yang dibawa masuk dari negara Poland itu membawa sejumlah bekalan kepak ayam yang terkandung dalam senarai yang tidak dibenarkan oleh JPV.

“Kesemua bekalan kepak ayam itu kemudianya dirampas dan saya arahkan pihak JPV membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya semasa turut serta dalam operasi terbabit.

Menurutnya operasi pembanterasan kegiatan penyeludupan barangan yang menyalahi undang-undang akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Katanya tindakan ini bagi memastikan bekalan ayam serta daging yang dibawa masuk ke Sabah mempunyai status halal.

“Kita juga harapkan agar pemain industri dalam pembekalan ayam memperoleh sijil halal bagi mengelak daripada dikenakan tindakan pada masa akan datang,” katanya.

Bercakap lanjut berkenaan operasi ini beliau berkata pasukan khas atau task force ini baru ditubuhkan dan melaksanakan operasi bersepadu selama dua hari.

“Untuk tempoh awal ini kita sudah berjaya merekodkan tangkapan kontena yang membawa barangan tidak dibenarkan.

“Kita juga berterima kasih dengan pihak PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah yang memberikan kerjasama dalam menjayakan misi serta operasi ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement