Anda di sini

Kerajaan tidak cadang ubah MA63 kepada akta baharu

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk mengubah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada akta baharu, sebaliknya akan menggunakan platform sedia ada iaitu melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 bagi membincangkan sebarang perkara berbangkit, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib berkata sehingga kini lima tuntutan daripada kerajaan Sabah dan Sarawak telah diselesaikan termasuk meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan MA63 di Parlimen tahun lepas.

Hanifah Hajar Taib - Gambar Facebook Dato Hanifah Hajar Taib P 213 MUKAH
Hanifah Hajar Taib - Gambar Facebook Dato Hanifah Hajar Taib P 213 MUKAH

“Kerajaan juga telah menyelesaikan penyerahan kuasa kawal selia gas petroleum cecair (LPG) kepada kerajaan Sarawak pada Jun lepas dan pemberian kuasa mengenai pelesenan perikanan laut kepada kerajaan Sarawak pada 7 Jun lepas,” katanya menjawab soalan Senator Datuk John Ambrose yang ingin tahu status terkini usaha kerajaan Persekutuan dalam mengembalikan hak Sarawak dan Sabah yang terkandung dalam MA63. - BERNAMA

Advertisement