Anda di sini

Dua lelaki terlibat kes pecah rumah ditahan

Advertisement
 Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bombalai untuk siasatan lanjut.
TANGKAP: Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bombalai untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Dua lelaki disyaki terlibat dengan kes pecah rumah berjaya ditahan dalam satu serbuan berasingan di kawasan Merotai, di sini semalam.

Kedua-dua suspek berumur 30 tahun itu ditahan di kawasan Kampung Jagung Merotai Besar dan Kampung Kuala Merotai.

Ketua Polis Daerah Tawau, Assisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima laporan mengenai sebuah rumah di kawasan kebun telah dipecah masuk.

Katanya, sepasukan polis daripada Balai Polis Bombalai digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi dan serbuan.

“Polis berjaya mengesan kedua-dua suspek di kawasan berasingan dan menjalankan pemeriksaan, sebelum membuat tangkapan.

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan satu unit solar, bateri dan beberapa barang lain disyaki hasil kegiatan pecah rumah di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Jasmin berkata, kedua-dua suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bombalai untuk siasatan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement