Anda di sini

Cadangan PR oleh Chin adalah wajar

Advertisement
SIM FUI
SIM FUI

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Api-Api menyokong penuh cadangan membenarkan permit Penduduk Tetap (PR) diberikan kepada rakyat Malaysia yang sudah tinggal di Sabah lebih daripada 20 tahun.

Pengerusi LDP Api-Api Sim Fui berkata, cadangan Presiden LDP Datuk Chin Shu Pin mengenai perkara itu adalah wajar kerana usaha itu akan membolehkan Sabah maju dalam bidang ekonomi untuk jangka masa panjang daripada sumbangan yang diberikan penduduk ini.

"Chin menjelaskan ramai dalam kalangan kaum Cina, India dan Dayak dari Semenanjung serta Sarawak telah menetap atau berniaga di Sabah lebih daripada 20 tahun.

"Mereka telah mula dan kembangkan perniagaan keluarga di sini, anak juga lahir di sini dan sumbangan mereka jelas dalam pelbagai bidang.

"Cara terbaik menghargai sumbangan mereka adalah membenarkan mereka menjadi PR di Sabah tanpa lagi memerlukan mereka menggunakan permit kerja," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sim Fui yang juga Naib Presiden LDP berkata, perkara itu juga telah dibincangkan diantara Chin dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, untuk membenarkan mereka yang berkelayakan untuk mendapatkan status PR di Sabah.

Oleh itu, Sim Fui berharap kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri dapat mempertimbangkan perkara itu dan mengiktiraf sumbangan mereka.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan bahawa semua parti politik tempatan di Sabah perlu membentuk satu kekuatan agar mampu berbincang dengan meletakkan syarat dengan kerajaan persekutuan.

"Bentuklah gabungan parti tempatan dan abaikan parti politik dari Semenanjung. Bincang dan tuntut hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 supaya Sabah mampu mengembalikan status sama rata dalam negara ini," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement