Anda di sini

Abang Johari gesa penggiat pelancongan di Sarawak tarik lebih ramai pelancong premium

Advertisement
KUCHING: Penggiat sektor pelancongan Sarawak harus memfokus kepada menarik lebih ramai pelancong premium yang tidak keberatan berbelanja lebih untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik sepanjang berada di negeri ini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dalam hal ini, negeri itu perlu terus menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan hospitalitinya bagi memastikan pelancong berpuas hati dengan apa yang ditawarkan.

"Bagi Sarawak, kami mahukan pelancong premium. Itulah sebabnya kami menganjurkan acara perniagaan dan kami menganjurkan Rainforest (Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia bagi menarik pelancong). Mereka ini adalah pelancong istimewa, mereka bukan pelancong massa,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persatuan Hotel Malaysia di sini pada Isnin malam.

Abang Johari menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Hotel Malaysia pada Isnin malam. Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni Kreatif, dan Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (kanan).
 - Gambar BERNAMA
Abang Johari pada Majlis Makan Malam Persatuan Hotel Malaysia pada Isnin malam. Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni Kreatif, dan Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (kanan).
 - Gambar BERNAMA

Beliau berkata kerajaan negeri telah merancang untuk mewujudkan sebuah pusat kesihatan berhampiran Pantai Damai di Santubong dekat sini yang bakal menjadi satu lagi tarikan bagi pelancongan perubatan di Sarawak.

"Selain itu, dua hotel bertaraf antarabangsa akan dibina di Sematan (bahagian selatan Sarawak di mana kita boleh menarik lebih ramai pelancong terutama pelancong perubatan dan pelancong premium," katanya. - BERNAMA  

Advertisement