Anda di sini

Sabah rekod 252 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 252 kes baharu COVID-19 hanya berkurangan tujuh kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, faktor menyebabkan penurunan jumlah kes harian ialah jumlah sampel ujian yang lebih rendah daripada jumlah sebelumnya. 

"Kota Kinabalu masih mengekalkan jangkitan baharu tiga angka dengan 111 kes, Sandakan 32 kes, Papar 18 kes, Tawau 16 kes, Penampang 14 kes, Putatan 11 kes dan Tuaran juga 11 kes.

"Beaufort yang tidak mencatatkan sebarang jangkitan kelmarin mencatatkan lapan kes baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu berkurangan kepada tujuh daerah daripada 10 daerah kelmarin.

Secara keseluruhan katanya, 17 daripada 27 daerah di Sabah kini berada dalam Zon Merah setelah merekodkan kes terkumpul melebihi 40 kes sepanjang tempoh 14 hari. 

"Sebanyak 249 daripada 252 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta tiga kes dalam Kategori 3," katanya. 
 

  • oleh
  • Advertisement