Anda di sini

Polis nafi kes cubaan culik pelajar

Advertisement
ZAIROLNIZAL
ZAIROLNIZAL

KOTA MARUDU: Polis menafikan berlakunya kes cubaan menculik pelajar sekolah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak berkata isu yang ditularkan diaplikasi whatsapp berkaitan kes itu tidak betul.

Katanya, pesanan ringkas yang tulis itu mendakwa seorang lelaki mahu menculik pelajar sekolah di sekitar daerah ini dan Pitas telah ditangkap polis.

“Turut tular satu rakaman video berdurasi 23 saat yang merujuk kepada penculik tersebut ditahan pasukan polis.

“Polis mengesahkan bahawa perkara itu adalah tidak benar dan rakaman tersebut adalah merujuk kepada tangkapan seorang lelaki yang menceroboh perkarangan rumah di Kampung Marak Parak,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku pada 11 Ogos lalu. Kes ini masih dalam siasatan dan suspek disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Polis ingin menasihatkan supaya orang awam menghentikan penyebaran mesej dan video tersebut kerana berita tidak benar itu boleh menimbul kegusaran awam,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement