
MILAN: AC Milan memulakan musim baharu Serie A Itali dengan kemenangan 4-2 ke atas Udinese sementara gol minit akhir Denzel Dumfries membantu Inter Milan meraih kemenangan lewat di Lecce pada Sabtu.
Milan bangkit segera dari ketinggalan ketika berbaki dua minit permainan untuk meraih kemenangan hasil dua gol Ante Rebic, penalti Theo Hernando dan gol Brahim Diaz.
Kekalahan itu sememangnya kejam buat Udinese, yang beraksi cemerlang di hadapan penyokong lawan di San Siro walaupun perlawanan berlangsung pada pertengahan cuti musim panas di Itali.
“Kami boleh melakukan yang lebih baik lagi, ada banyak perkara positif tetapi ada juga perkara yang boleh diperbaiki tetapi ia adalah normal untuk tempoh seperti ini,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli.
Penyokong di San Siro bersorak “kami adalah juara” ketika pasukan mereka masuk ke dalam padang tetapi mereka tersentak tidak lama selepas itu apabila Rodrigo Becao menyempurnakan tendangan sudut Gerard Deulofue dan menewaskan penjaga gol Milan, Mike Maignan.
Milan bangkit dan mendahului kedudukan pada minit ke-15 selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) untuk pertembungan di antara Davide Calabria dan pemain Udinese, Brand Soppy yang membolehkan Hernandez menyempurnakan penalti minit ke-12 sebelum Rebic menambah jaringan buat Milan tiga minit selepas itu.
Udinese kecewa dengan keputusan memberikan penalti kepada Milan dan menggambarkan ia “tidak masuk akal” oleh pengarah teknikal kelab, Pierpaolo Marino.
Perlawanan separuh masa pertama yang menarik berakhir dengan penyokong Milan sekali lagi apa yang berlaku apabila Adam Masina mengikat kedudukan empat minit sebelum rehat.
Masina kemudian menggembirakan semula penyokong Milan apabila kesilapannya membolehkan Diaz meletakkan Milan kembali di hadapan.
Diaz mengasak Roberto Pereyra pada minit ke-68 sebelum merampas bola dan mengumpan kepada Rebic untuk melengkapkan jaringan.
Di Lecce, pendatang baharu Serie A Itali, Dumfries mencuri perhatian dari kepulangan Romelu Lukaku ke Inter dengan gol minit ke-94 ketika Inter membayangkan akan tercicir dua mata berharga.
Lukaku, menjaringkan gol dari jarak dekat seawal minit pertama permainan di Stadio Via del Mare, namun Lecce, yang dibimbing Marco Baroni, mengikat kedudukan dua minit selepas rehat menerusi gol Assan Ceesay.
Kristijan Bistoriv dan Lameck Banda kemudian menguji penjaga gol Inter, Samir Handanovic tetapi Inter mempunyai peluang pada lewat permainan.
Dumfries melihat tandukannya terkena palang sebelum cubaan Lukaku ditepis penjaga gol Lecce, Wladimiro Falcone sebelum Dumfries menjaringkan gol kemenangan pada minit kecederaan.
“Musim lepas, kami tercicir terlalu banyak mata pada perlawanan seperti ini tetapi kami menunjukkan banyak karektor hari ini dan selayaknya menang,” kata Dumfries.
Pada perlawanan lain, kelab yang dimiliki bekas pemilik Milan, Silvio Berlusconi, Monza, merasai pengalaman sebenar dalam Serie A Itali apabila tewas 1-2 kepada Torino di tempat sendiri.
Aleksei Miranchuk membuka jaringan dua minit sebelum rehat pada penampilan sulungnya bersama Torino apabila menyempurnakan hantaran Antonio Sanabria.
Sanabria menambah jaringan dengan satu tendangan cantik pada pertengahan separuh masa kedua.
Atalanta menewaskan Sampdoria 2-0 pada perlawanan awal menerusi gol Rafael Toloi dan Ademola Lookman. — AFP
Pic AC Milan 33
RAI BERSAMA: