Anda di sini

Keluarga B40 hargai sumbangan peralatan pembelajaran

Advertisement
 Christina (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ibu bapa dan kanak-kanak di Dewan Komuniti Kg Hidayat Batu 4.
KENANGAN: Christina (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ibu bapa dan kanak-kanak di Dewan Komuniti Kg Hidayat Batu 4.

TAWAU: Ibu bapa kanak-kanak dari golongan B40 menghargai sumbangan peralatan pembelajaran yang diterima.

Sumbangan berkenaan dilakukan oleh Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew menerusi Program Jom Balik Sekolah di sini.

Dalam program berkenaan, beliau turun padang selama tiga hari di Tawau yang berakhir pada Jumaat lalu.

Antara kampung yang dilawati adalah Kampung Titingan, Kg Hidayat Batu 4 dan Kg Jati Batu 5 dalam Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas.

Selepas itu, beliau turut melawat Pusat Jagaan Tawau Benevolent dibawah pengurusan Persatuan Untuk Orang Pekak Tawau.
 

  • oleh
  • Advertisement