Anda di sini

Hormati dasar sesebuah negara

Advertisement
FOO
FOO

KOTA KINABALU: Dasar atau Prinsip Satu China harus dicontohi oleh semua negara dan ianya harus dihormati.

Presiden Persatuan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah Prof. Foo Ngee Kee berkata, tindakan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi mengadakan kunjungan ke Taiwan baru-baru ini walaupun amaran tegas dikeluarkan China adalah sangat mengecewakan.

Katanya, berdasarkan pandangan sebagai seorang ahli perniagaan, semua pihak harus menghormati kontrak berkaitan yang sudah dimeterai.

"Dasar Satu China juga perlu dihormati oleh negara besar seperti Amerika Syarikat (USA). Dasar berkenaan dan tiga komunike bersama sudah diwujudkan pada 1943, 1945 dan 1971.

"Ia merupakan tunjang asas hubungan diplomatik diantara kedua-dua negara berkenaan. Oleh itu, China dan USA harus bersama-sama mengekalkan keamanan dengan menghormati dasar berkenaan," katanya pada kenyataan di sini, semalam.

Foo berkata, rakyat China dan USA mengiktiraf diantara satu sama lain menerusi dasar diplomatik yang diwujudkan sejak 1 Januari 1979.

Katanya, pada ketika itu rakyat republik berkenaan mengiktiraf kerajaan China secara sah. dalam skop komunike berkenaan, ia merangkumi USA perlu mengekalkan kebudayaan, perdagangan dan hubungan tidak rasmi yang lain dengan Taiwan, perkara ini dihormati negara berkenaan lebih daripada empat dekad.

"Bagaimanapun, lawatan Pelosi baru-baru ini tidak termasuk dalam kategori komunike walaupun White House menjelaskan mereka tidak menyokong lawatan tersebut.

"Pandemik COVID-19 telah menyebabkan pelbagai cabaran kepada para usahawan khususnya dari segi kekangan kewangan, kekurangan bekalan disebabkan gangguan rangkaian pembekal global dan sebagainya.

"Kini ramai pelabur dan usahawan turut bimbang dengan keadaan ketidakstabilan ekonomi yang disebabkan lawatan Pelosi ke Taiwan," katanya.

Menurutnya, USA tahu bahawa lawatan itu akan memberikan kesan negatif terhadap hubungan dengan China dan menjejaskan perniagaan.

Katanya, ia perkara mahu dielakkan oleh para pelabur sejak peperangan berlaku diantara Russia dan Ukraine yang telah menjejaskan rangkaian pembekal secara global.

"Oleh itu, kami ingin menasihati para usahawan PKS agar mengambil persediaan awal bagi memastikan sebarang gangguan bakal berlaku tidak akan menjejaskan produktiviti dan perniagaan masing-masing.

"Menjadi harapan PKS Sabah agar situasi berkenaan dapat diselesaikan secara aman dan secepat mungkin dengan kebijaksanaan pemimpin China serta Taiwan," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement