Anda di sini

1,075 pelajar SMK Bingkor terima sumbangan Robert bagi membuka akaun i-Saraan KWSP

Advertisement
 Robert (dua kanan) menyampaikan replika cek i-Saraan KWSP kepada pelajar SMK Bingkor yang diterima oleh Dorothy sambil diperhatikan oleh Pengetua SMK Bingkor Cikgu Alexius Tingadon (kanan).
SAMPAIKAN: Robert (dua kanan) menyampaikan replika cek i-Saraan KWSP kepada pelajar SMK Bingkor yang diterima oleh Dorothy sambil diperhatikan oleh Pengetua SMK Bingkor Cikgu Alexius Tingadon (kanan).



KENINGAU: Seramai 1,075 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor Keningau menerima tajaan dalam bentuk tunai bagi pembukaan akaun i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sumbangan Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor mengumumkan sumbangan itu ketika berucap semasa merasmikan Hari Apresiasi Kecemerlangan Pelajar SMK Bingkor di dewan  sekolah tersebut baru-baru ini.


"Saya menyokong penuh agar program i-Saraan KWSP ini diperluas dalam kalangan pelajar agar  dapat memupuk sikap menabung dalam kalangan murid semenjak seawal usia 14 tahun," katanya.


Penyerahan penajaan tersebut telah disampaikan oleh Robert sendiri kepada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bingkor, Cikgu Dorothy Amping.

Advertisement