Anda di sini

Warga SMK Muara Tuang perlu Kekal momentum hubungan, jaringan erat

Advertisement
Rubiah (tengah) merasmikan Mesyurakat Agung PIBG SMK Muara Tuang Ke-34 pada 13 Ogos lepas.             
Rubiah (tengah) merasmikan Mesyurakat Agung PIBG SMK Muara Tuang Ke-34 pada 13 Ogos lepas.             

KUCHING: Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang perlu sentiasa mengekalkan momentum hubungan dan jaringan ibarat isi dan kuku dalam permuafakatan komuniti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Demikian kata Yang Dipertua PIBG SMK Muara Tuang Nawi Som pada Mesyurakat Agung PIBG SMK Muara Tuang Ke-34 pada 13 Ogos lepas.  

"Ini kerana kita saling memerlukan untuk melaksanakan dan mencapai matlamat dalam memacu aspirasi menuju keunggulan pembangunan dan kecemerlangan seluruh warga SMK Muara Tuang," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa PIBG sangat prihatin dengan kebajikan pelajar dan kakitangan SMK Muara Tuang dan sentiasa memberi sokongan dan sumbangan dari segi dana.

Seramai 765 ahli PIBG menghadiriri mesyuarat tersebut menandakan Mesyuarat Agung PIBG merupakan platform terbaik untuk memupuk hubungan yang erat antara ibu bapa dan guru.

Beliau juga melahirkan perasaan bersyukur dan amat berterima kasih kepada para ibu bapa yang sanggup mengkorbankan masa untuk hadir ke mesyuarat agung berkenaan.  

Pihaknya pada masa yang sama sentiasa memikirkan dan berusaha memberikan yang terbaik kepada warga sekolah dalam memantapkan pembangunan pendidikan, prasarana, sahsiah kendiri, imej dan identiti sekolah.

Antara program yang telah dianjurkan pihaknya termasuk Program Permuafakatan Bersama PPKI, sambutan Hari Guru dan Program Mengalukan Pelajar Tingkatan 1.

Turut hadir Ahli Parlimen Kota Samarahan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Datuk Rubiah Wang.

Beliau ketika berucap menggalakkan pelajar Tingkatan 6 memohon peranti siswa yang dibuka kepada pelajar pra-universiti yang bertujuan melonjakkan sitem pendidikan. 

Rubiah juga menyumbang RM50,000 kepada PIBG SMK Muara Tuang bagi tujuan pembangunan prasarana di sekolah itu.
 

  • oleh
  • Advertisement