Anda di sini

KOPEKS lancar emas komemoratif tulen

Advertisement
 Jaibit (tiga kanan) bersama Sulaiman (tiga kiri) melancarkan secara simbolik pelancaran jualan emas tulen 999.9 gold bar sebagai permulaan program sambutan 60 tahun KOPEKS sambil disaksikan oleh Buvil (dua kanan), Yusrina (kiri), Mohd Noor (dua kiri), dan Norliah (kanan).
LANCARKAN: Jaibit (tiga kanan) bersama Sulaiman (tiga kiri) melancarkan secara simbolik pelancaran jualan emas tulen 999.9 gold bar sebagai permulaan program sambutan 60 tahun KOPEKS sambil disaksikan oleh Buvil (dua kanan), Yusrina (kiri), Mohd Noor (dua kiri), dan Norliah (kanan).



KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) semalam telah mengadakan satu majlis sambutan ulang tahun ke-59 tahun koperasi itu yang diadakan di pejabat, di ibu negeri.


KOPEKS yang ditubuhkan pada 1963, yang pada ketika itu dikenali sebagai Koperasi Jimat-Cermat dan Pinjam-Meminjam Kakitangan Perkhidmatan Awam Sabah (Sabah Civil Service Thrift dan Loan Co-operative Society) telah mengadakan satu majlis kesyukuran sederhana yang diraikan bersama 50 orang anggota serta kakitangan KOPEKS.


Pengerusi KOPEKS, Jaibit Jaudin memberitahu, sempena dengan majlis sambutan ulang tahun KOPEKS ke-59 tahun, KOPEKS melancarkan jualan emas tulen 999.9 'gold bar' keluaran KOPEKS sebagai permulaan program sambutan 60 tahun KOPEKS sehingga tahun 2023.


"Emas tulen 999.9 gold bar merupakan inisiatif perniagaan baharu sempena sambutan 60 tahun koperasi ini. Jualan gold bar KOPEKS terbuka kepada anggota serta orang awam dan boleh ditempah awal melalui talian 088-245558 atau whatsapp 010-2295730, " katanya.


Turut hadir Anggota Lembaga Koperasi KOPEKS Haji Sulaiman Awang, Mohd Noor Juan; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KOPEKS, Buvil Angkui; wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah, Wilayah Pantai Barat Selatan, Norliah Jalie dan beberapa orang anggota yang menerima cek bersara.

 Jaibit (empat kanan) dan para hadirin memotong kek sebagai simbolik majlis sambutan ulang tahun ke 59 koperasi itu.
SAMBUT: Jaibit (empat kanan) dan para hadirin memotong kek sebagai simbolik majlis sambutan ulang tahun ke 59 koperasi itu.
  • oleh
  • Advertisement