Anda di sini

Kenaikan yuran masuk destinasi pelancongan di Ranau, Kundasang adalah palsu

Advertisement
 Jalani (duduk kiri) merakam gambar bersama rombongan dari Pahang.
KENANGAN: Jalani (duduk kiri) merakam gambar bersama rombongan dari Pahang.


RANAU: Aduan pelawat yang mendakwa semua yuran masuk ke beberapa destinasi  pelancongan di daerah ini dan Kundasang meningkat adalah tidak benar.

Bebarapa pelancong dari Semenanjung menafikan perkara berkenaan seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua rombongan 28 pelancong dari Pahang Jalani Harun berkata, dakwaan yang ditularkan itu adalah sengaja dibuat dalam kalangan pemandu pelancong dan pemandu kenderaan pelancongan.

Katanya, mereka sengaja mendakwa kenaikan yuran termasuk tambang atau sewa kenderaan kerana mahu mengaut keuntungan lebih.

"Kami mendapati semua kos masuk atau sewa kenderaan ke lokasi menarik di Kundasang dan Ranau adalah seperti biasa, tiada kenaikan, tiada perubahan sewa kenderaan pelancongan.

"Bayaran masuk juga adalah seperti biasa, tiada sebarang kenaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama rombongannya melawat Bombon Marakau, Ranau Rabbit Farm, Mounth Sky Bike, Dairy Farm Mosilou Kundasang, Sabah Teh Nalapak dan Tagal Luanti Nalapak baru-baru ini.

Selain itu, ramai dalam kalangan ahli rombongan berkenaan menzahirkan rasa gembira dan bertuah kerana berpeluang melawat ke destinasi menarik di Sabah, termasuk Jambatan Tamparuli serta Rumah Terbalik di Tamparuli.
 

Advertisement