Anda di sini

Jentera PBB Parlimen Kota Samarahan sentiasa bersedia menghadapi PRU15

Advertisement
Rubiah bergambar bersama peserta konvoi dan ketua masyarakat pada Program Merdeka@Komuniti Konvoi Kembara Merdeka di Pejabat Daerah Samarahan hari ini.
Rubiah bergambar bersama peserta konvoi dan ketua masyarakat pada Program Merdeka@Komuniti Konvoi Kembara Merdeka di Pejabat Daerah Samarahan hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kawasan Parlimen Kota Samarahan sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.

Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, pihaknya telah bersedia sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu dan kini juga bersedia jika diadakan PRU.

"Persiapan memang telah dilaksanakn dari dahulu lagi tetapi disebabkan COVID-19 ia tidak diadakan secara terbuka.

"Bagaimanapun, usaha kita mendekati rakyat memang sentiasa diadakan dalam tempoh lima tahun berkhidmat.

"Peranan kita sebagai wakil rakyat memastikan sokongan rakyat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya memastikan kestabilan Sarawak sentiasa terpelihara," katanya semasa ditemui media selepas Program Merdeka@Komuniti Konvoi Kembara Merdeka di Pejabat Daerah Samarahan di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kerusi Parlimen Kota Samarahan akan dipertahankan pada PRU akan datang atau tidak, Rubiah berkata ia terletak pada budi bicara pucuk pimpinan dan Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

"Sekiranya saya terpilih saya sedia berkhidmat dan meneruskan perkhidmatan saya sebagai wakil rakyat.

"Namun apabila tidak terpilih, kita masih lagi bersamajentera PBB untuk meneruskan semangat keluarga PBB dalam memastikan politik Sarawak terus mantap," katanya.


Baru-baru ini, Abang Johari mengumumkan beberapa penyandang kerusi PBB meluahkan hasrat untuk tidak dicalonkan lagi pada PRU akan datang bagi memberi laluan kepada calon baharu.

Sementara itu, mengenai penerimaan rakyat terhadapnya untuk meneruskan khidmatnya, Rubiah menjelaskan ia masih mendapat permintaan untuknya meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat.

"Bagaimanapun ia terpulang keoada masyarakat sama ada masih mahukan saya menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen Kota Samarahan.

"Pada pandangan saya, mereka (penduduk) masih mahukan dan memohon saya meneruskan menjadi wakil rakyat untuk meneruskan pentadbiran, pengurusan dan pembangunan Kota Samarahan," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement