Anda di sini

DUN dijangka bersidang November ini

Advertisement
 

KUCHING: Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 dijangka diadakan pada November tahun ini. 

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkata, mesyuarat ketiga  kebiasaan akan diadakan selepas enam bulan mesyuarat kedua DUN berakhir.

“Dan selepas pembentangan Belanjawan Kerajaan Persekutuan di Dewan Rakyat. 

“Jadi, persidangan DUN ini dijangka akan diadakan pada November nanti," katanya pada sidang media yang diadakan di Bilik Media DUN Sarawak hari ini.

Sebelum ini, mesyuarat kedua bagi penggal pertama persidangan DUN Sarawak telah diadakan selama lapan hari bermula 17 sehingga 26 Mei lalu.

Pada mesyuarat kedua itu, menyaksikan istiadat pembukaan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 17 Mei 2022.

Persidangan itu juga telah meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) iaitu RUU Perbekalan Tambahan (2022), 2022; RUU Kanun Tanah (Pindaan), 2022; dan RUU Hutan (Pindaan), 2022.
 

  • oleh
  • Advertisement