Anda di sini

Calon Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan UEFA telah disenarai

Advertisement
Gambar kombinasi menunjukkan (dari kiri) Courtois, Kevin De Bruyne dan Benzema yang disenaraikan untuk Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan UEFA. — Gambar  AFP
Gambar kombinasi menunjukkan (dari kiri) Courtois, Kevin De Bruyne dan Benzema yang disenaraikan untuk Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan UEFA. — Gambar AFP

PARIS: Dua pemain Real Madrid, Karim Benzema dan Thibaut Courtois bersama Kevin De Bruyne dari Manchester City kelmarin telah disenarai pendek untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan UEFA.

Badan bola sepak Eropah itu mengatakan bahawa juri terdiri daripada wartawan dan wakil kelab yang bermain dalam pertandingan Eropah telah memilih trio ini daripada 15 pemain yang tersenarai.

Penyerang Poland Robert Lewandowski berada di tempat keempat dalam undian. 

Anugerah itu akan disampaikan pada 25 Ogos semasa undian untuk peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
Real memenangi Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

Benzema dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Juara-Juara Musim Ini selepas menjaringkan 15 gol dalam pertandingan itu, termasuk tiga dalam kemenangan separuh akhir Real ke atas Manchester City.

Ketika dia menjaringkan gol kedua Real dalam menentang Frankfurt di Piala Super Eropah pada hari Rabu lepas, Benzema menjadi penjaring kedua berbanyak dalam sejarah kelab dengan 324 gol, di belakang Cristiano Ronaldo.

Courtois rancak ketika Real menumpaskan Liverpool 0-1 pada perlawanan akhir dan dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

De Bruyne menyertai senarai pendek untuk tahun ketiga berturut-turut selepas memberi inspirasi kepada City untuk merangkul gelaran Liga Perdana.

Jorginho memenangi gelaran itu tahun lalu selepas memenangi Liga Juara-Juara bersama Chelsea dan Euro 2020 bersama Itali.

UEFA juga mengumumkan tiga calon jurulatih tahun ini.

Calon-calon ialah Carlo Ancelotti dari Real Madrid, Josep Guardiola dari Man City dan lelaki yang harus mereka kalahkan untuk memenangi gelaran musim lalu: Juergen Klopp dari Liverpool. — AFP 
 

Advertisement