Anda di sini

Bilik tidur pekerja bengkel musnah dalam kebakaran

Advertisement
Keadaan bilik tidur yang musnah 100 peratus dalam kebakaran berkenaan.
Keadaan bilik tidur yang musnah 100 peratus dalam kebakaran berkenaan.

KUCHING: Sebuah bilik tidur pekerja bengkel musnah 100 peratus dalam insiden kebakaran yang berlaku di Jalan Kuching-Serian, Padawan di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia, Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 12 tengah malam tadi.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan bergegas ke lokasi.

"Setiba di lokasi mendapati asrama (bilik tidur) pekerja bengkel di tingkat satu berkeluasan 20 kali 20 kaki terbakar 100 peratus," katanya hari ini.

Jelasnya, insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Advertisement