Anda di sini

Warga UMS semarak Bulan Kebangsaan, kibar Jalur Gemilang dan Bendera Sabah

Advertisement
 Antara bendera yang dipasang di sekitar jalan-jalan utama UMS.
MENARIK: Antara bendera yang dipasang di sekitar jalan-jalan utama UMS.


KOTA KINABALU: Pelbagai pihak terus menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dengan beraneka aktiviti termasuklah mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Sabah.

Di UMS, ia dimeriahkan dengan pemasangan bendera kemegahan negara dan kebanggaan Bumi Di Bawah Bayu di sekitar jalan-jalan utama seperti Jalan Perdana Puncak Ilmu, Jalan Samudera dan Jalan Canselor.

Malah, pihak Pengurusan Tertinggi UMS turut mengadakan agihan bendera kepada warga kakitangannya dalam satu acara yang berlangsung di Pintu Utama universiti baru-baru ini.

Agihan tersebut yang disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut dihadiri Pengawai-pegawai Utama dan Kanan universiti.

Kibaran bendera juga dilihat menghiasi sekeliling pagar dan bangunan Kampus Rahmah tersebut.

Dalam pada itu, kakitangan UMS di peringkat jabatan, akademi, fakulti, pusat, institut dan bahagian turut tidak ketinggalan mengambil inisiatif menyemarakkan semangat patriotisme mengikut kreativiti masing-masing.

 Pejabat Canselori, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) singgah sebentar di jeti UMS untuk mengambil gambar kenangan. 
KIBARKAN: Pejabat Canselori, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) singgah sebentar di jeti UMS untuk mengambil gambar kenangan. 

Bagi Pejabat Canselori, sambutan disemarakkan dengan mengadakan larian mengelilingi kampus sambil mengibarkan bendera Malaysia.

Ketua Pejabat Canselori, Stella @ Nurul Martini Gontol berkata, ia bukan sahaja sebagai satu usaha menanamkan semangat kecintaan yang tinggi terhadap tanah air, tetapi pada masa sama menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan staf.

“Ia juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kakitangan dan mampu mengurangkan stres selepas seharian bekerja,” katanya. 

Untuk rekod, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini disambut dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama.’  
 

Advertisement