Anda di sini

Tindakan tegas kepada wanita tunai umrah pakai ihram lelaki

Advertisement
Tangkap layar video yang tular semalam.
Tangkap layar video yang tular semalam.

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap wanita yang  menunaikan umrah dengan berpakaian ihram lelaki, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Beliau menerusi catatan di Facebook semalam berkata pihaknya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri bagi memohon supaya siasatan lanjut dilakukan setibanya individu berkenaan ke Malaysia.

“Saya mengambil berat perkara yang telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang yang wanita yang mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki. Isu ini melibatkan hukum-hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

Idris turut memaklumkan beliau juga telah menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya  untuk mengambil tindakan tegas kepada agensi yang menguruskan individu terlibat sekiranya perkara berkenaan didapati benar.

Di platform Twitter semalam, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai rakyat tempatan berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan perkara itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. - BERNAMA
 

Advertisement